Wednesday 20 November 2013

KNGL BADMINTON TEAM

As salam buat semua...sekarang waktu masuk 3.28 am, masih bersengkang mata menyiapkan beberapa design untuk baju customer dan design sendiri....Mata dah merah ibarat hantu yang menagih darah anak dara sunti (hehehe gurau)....tapi ku tahan tahan Jebat....

Design lain semua dah save kat laptop, tinggal satu ni je nak buat untuk t-shirt badminton staff KNGL...Ala sebenarnya bukan design pun, cuma menggunakan font je tulis ayat....kerja senang.....Orang cakap Senang Buat Duit.....hehehe( itu orang cakap la bukan aku)....

Font diorang dah bagi, ni cuma saja nak buat dlm bentuk Adobe Ilustrator.....Sebab senang besok nak menterjemahkan atas t-shirt.....tak banyak nak printing cuma 25 helai je.....janji masyooookkkk...

 Font Design yang Senang.

Wokeh la anda semua, saya mahu beradu bermimpi indah dahulu. Saya akan upload gambar t-shirt ni bila dah siap nanti. Untuk anda saya tinggalkan satu soalan.....Siapakah model t-shirt diatas....(hehehe)... 

wasalam.

Tuesday 19 November 2013

Baju Family Day Uncle Burn

Tempahan T-shirt Encik Nizam dari Shah alam untuk Hari Keluarga 2013 Port Dickson hampir siap dicetak. Design baju telah diberikan pada kami pada awal bulan dan dijangka akan siap dihantar pada 21 November 2013. Di harap En Nizam akan berpuas hati dengan kualiti cetakan dari pihak kami.

Terima Kasih kepada Keluarga Abu Bakar dan Asmah. Diharap mereka dapat mengeratkan talian silaturahim antara mereka. Menjalin kemesraan dan kasih sayang.

DESIGN YANG TELAH DITERIMA

CETAKAN WARNA PUTIH

Terasa puas hati kami bila Keluarga Burn gembira dengan hasil cetakan t-shirt kami. Jelas terpancar keriangan dan kegembiraan di wajah mereka .