Screen Printing

As salam untuk semua, permulaan kisah Screen Printing, atau lebih dikenali dengan silk screen. Mengikut sejarah printing, seni mencetak t-shirt telah berkurun lama di praktik kan. Ia dipanggil Silkscreen kerana ia mencetak menggunakan kain silk (sutera). 

Aku pun tak tahu siapa punya idea yang mula-mula menggunakan teknik ini....Ada yang kata dari china, kemudian di kormesialkan oleh orang barat....Aku kurang percaya dengan sejarah yang ditulis oleh orang-orang barat....kadang kadang banyak yang dia selewengkan...Boleh baca kat link ni untuk tambah pengetahuan ...http://www.customlogousa.com/Articles/the-history-of-screen-printing

Kelebihan buat screen printing ni, ia boleh diibaratkan seni mencetak yang perlu dikuasai oleh printer-printer (pencetak pencetak) menterjemahkan seni kerja mereka ke t-shirt (media)..Mencetak dengan pantas dan menghasilkan hasil kerja yang banyak..T-shirt printing boleh dikategorikan sebagai alat untuk mengiklankan sesuatu benda atau menyampaikan mesej-mesej tersendiri kpd orang ramai.

contoh: 


Pasaran t-shirt printing tersangatlah luas di negara kita...selagi umat manusia pakai t-shirt, selagi itulah pencetak-pencetak t-shirt diperlukan..Printing t-shirt memberi kelebihan kepada pencetak-pencetak di malaysia untuk mewujudkan dan mengembangkan perniagaan kerana permintaan yang tinggi.

Contoh permintaan seperti tempahan untuk perkahwinan, hari keluarga, t-shirt politik, baju untuk sukan, badan-badan amal, baju persatuan dll....

So itulah penjelasan serba ringkas aku, tentang screen printing. aku pon bukan expert sangat tentang screen printing ni....banyak lagi ilmu ilmu printing kena hadam sepenuhnya.....Kalau anda nak buat tempahan, boleh la hubungi kami.








No comments:

Post a Comment