Wednesday 18 December 2013

COCONUT SHAKE T-SHIRT

>As salam kepada semua, nak dijadikan satu cerita baru-baru ni aku dapat satu projek buat t-shirt / baju untuk coconut shake.....dapat x banyak mana pun, cuma nak buat sample dulu untuk mereka.....aku projek sikit pun kebas jugak sebab dari sikit la jadi banyak...betul tak? aku nak kumpul customer dulu bagi diorang yakin kualiti percetakan aku...

>Dari sikit customer tu la akan jalan strategi pemasaran aku.....bagi kualiti bagus dan cepat seperti yang dikehendaki....bak kata orang tua tua "mulut tempayan boleh ditutup...mulut orang susah nak tutup".....so aku berharap customer ni x tutup mulut untuk bercerita dgn sesiapa tentang akunye cetakan....hehe...harap harap yang positif la.....marketing mulut ke mulut kan senang buat duit.....(korang jangan salah faham ayat mulut ke mulut tu pulak)...hehehe

>Customer nak buat 6 helai pakai heat press....selalunya kalau sedikit je order memang aku guna print heat press jer.....kalau terlalu banyak aku guna silk screenprinting.....mana tahan kalau nak buat banyak....mahu berpeluh aku kat dalam bilik operation tu....ye lah sebab machine mengeluarkan haba yang panas....mahunya keluar bilik hilang 50kg berat aku nanti....hahaha...

>Sebenarnya projek pun kawan atas kawan yang bagi.....itulah pemasaran mouth to mouth.....ala ala bantuan kecemasan kalau lemas....ye la mana tak nya kadang-kadang kita tak ada tempahan banyak, time ni la kita lemas memerlukan bantuan kecemasan....

>Nasib baik design diorang dah siap-siap bagi, save sikit masa dan kos mereka.....tak payah aku nak bersengkang mata dan mengetuk kepala kat dinding untuk mereka design. Sometimes aku x charge pun harga design kalau yang senang buat.....kira sedekah je la.....tapi kalau susah sangat aku kena charge la....ye la sebabnya siapa nak bayar duit klinik atas kecederaan aku menghantuk kepala tadi....hehehe

>Dan inilah hasilnya :


 > Tengok gambar ni adalah hasil potongan dari cameo ke atas pue warna kuning untuk menghasilkan tulisan.....ni baru 6 pieces je, yang jenuhnya ialah nak mengopek tulisan tu nanti......

 

 >Lihat gambar! aku buat print preview dulu sebelum heat atas baju....aku suka print atas sticker paper dulu sebelum buat yang betul-betul....senang buat pembetulan nanti.....

>Dah potong mengikut kemahuan aku menggunakan cameo barulah tampal kat baju...tengok hasilnya sama atau tidak dgn kehendak customer.....dah puas hati barulah print atas transfer paper dark based.....



> Setelah berhempas pulas ni lah hasilnya.......So sesiapa nak menempah t-shirt / baju untuk cetakan boleh la contact saya....jangan la malu dengan saya...hehehe...saya ambik tempahan walaupon sehelai....tentang caj kita boleh bincang.....sekian laporan saya...wasalam.

2 comments:

  1. salam,,saya memang tngah tercari2 sesiapa yg kreatif untuk mencipta logo,,kebetulan awak pula ada sekali untuk printing baju,,jadi boleh x whatsapp saya di no 0136715444 untuk prbincangan yg selebih nyer,,
    tq

    ReplyDelete
  2. salam,,saya memang tngah tercari2 sesiapa yg kreatif untuk mencipta logo,,kebetulan awak pula ada sekali untuk printing baju,,jadi boleh x whatsapp saya di no 0136715444 untuk prbincangan yg selebih nyer,,
    tq

    ReplyDelete