Thursday 18 September 2014

KEMBARA KINABALU

>As salam semua, aku ingin mengucapkan selamat mengharungi tahun baru 2014...Semoga semua azam anda dapat ditunaikan....ataupun nak melengkapkan azam azam tahun terdahulu yang tak kesampaiaan...tulisan kali ini aku nak ajak korang semua mengembara ke Borneo Kinabalu di Sabah.

>Trip kali ini saya pergi bersama keluarga sebelah orang rumah seramai 16 orang.....Kembara bermula pada 23/12/2013 - 27/12/2013 tahun lepas......Plan dah lama buat oleh orang rumah saya....Selalu bab planning jalan jalan ni aku serahkan kat orang rumah buat, sebab dia memang hebat bab jalan jalan cari makan ni....tu yang aku sayang tu...hehehe...

>Yang excited nak pergi dah tentulah wife dan anak anak aku yang nak naik 'pakal terbang'....hahaha....aku cakap kapal terbang, dia punya pelat 'pakal terbang'......"Ibu! Zahra nak naik pakal terbang!" dialog dia..... dah betulkan byk kali pon jawapannya masih sama.......

>Seperti biasa aku sebagai pencetak t-shirt mestilah nak ada t-shirt kembara.....tu yang jadi tu warna hijau melambangkan kehijauan gunung ganang dan tempat yg masih pure dengan oksigennya.....Pakai tulisan je ni.....



>Hari pertama sampai kami terus ke homestay area Kota Kinabalu dgn menggunakan Van nissan Urvan dan Avanza sewa....sampai pon dah lewat pagi sebab flight malam......Semua pon nampak kepenatan kitaorang pon nak merehatkan diri dan aku pon kaki badan pon sakit sakit kena gigit setan hahaha(gurau)....

>Keesokkan hari kitaorang punya aktiviti ialah ke Pulau Manukan menaiki bot laju.....Sabah ni banyak Pulau tapi kitaorg hanya pergi satu jer sebab target kita orang ialah Kundasang bah.....Sampai je jetty Pulau Manukan anak aku jerit "Ayah ikan!! nok (tengok) tu".....hehehe excited giler macam nak terjun je.....

>'Lepaking' dekat tepi pantai manukan ni ada satu perkara yang ajaib sebabnya ramai orang yang macam tak cukup kain utk menutup badan mereka.....belanja aurat mereka kepada semua, pemurah sungguh.....tak kira la warga asing atau warga malaysia...kalau aku niaga baju kat sini mungkin kurang laku berbanding bikini.....hahahaha....

>Nasib kami baik kerana selesai sahaja mandi manda di pantai ni, hujan turun renyai2.....trus berlari lari anak gajah mencari tempat berteduh......selesai mandi dan tukar baju trus naik boat meninggalkan pulau manukan ke kota kinabalu.....

>ok itu sahaja coretan kisah aku and family ke Sabah, saja nak cerita aku printing t shirt / baju.....itu jer motifnyer.....hehehe

>tamat


No comments:

Post a Comment