Tuesday 20 January 2015

Permulaan Tahun 2015

As salamualaikum dunia........ Apa khabar Semua.... Ini ada lah entri aku yang pertama untuk tahun 2015.....aku berazam penulisan utk tahun 2015 ini akan lebih banyak dari sebelumnya....Sudah lama aku tidak menekan papan kekunci, terasa kekok dan berkaratnya tangan ini...... Tahun 2014 telah melabuhkan tirai, segala pengalaman aku dalam dunia printing t shirt sudah menjangkau 3 tahun......banyak lagi aku perlu pelajari dari teman teman di luar sana......

Banyak dugaan yang perlu ditempuhi untuk menjadi berjaya dan dikenali di arena ini....... Kesabaran dan semangat tidak putus asa mesti dikekalkan agar aku dapat menempuhi segala rintangan...... Bahasa aku pun dah agak teratur sikit nampaknya....hehehe..... Apa 'planning' anda untuk 2015? Aku harap pada tahun ini dapat segala urusan yang dirancang berjalan dgn lancar dan diberkati.

Terima Kasih saya mengucapkan kepada semua pelanggan2 saya yang menempah t shirt atau membuat printing t shirt dgn kami pada tahun lepas..... Agar anda berpuas hati dgn khidmat kami dan tahun nie tolong banyakkan lagi order yer......hehehe (senang sikit buat marketing).

Alhamdullilah aku bersyukur dgn segala pemberian yang telah diberi oleh Allah....... Pemberian nikmat kepadaku dan keluarga ku....... Pemberian yang paling berharga ialah Isteri dan anak2....
Insya Allah aku akan membuat yang terbaik kepada mereka..... membuktikan bahawa aku boleh berjaya dunia dan akhirat.....

Akhir kata Terima Kasih semua.



Tuesday 23 September 2014

I AM tshirt yang HOT



> As salam buat semua, pada entri kali ini saya ingin mengajak anda menyingkap persoalan dimana t shirt yang menggunakan design yang simple telah menjadi fenomena. Mengapa kah mereka meminati t shirt 'I AM' ini, sehinggakan mendatangkan rezeki yang melimpah ruah kepada printer printer di malaysia.....

>T shirt ini telah menjadi kegilaan remaja dan student2, mereka berlumba lumba menempah t shirt yang tertera nama mereka sendiri atau mereka menggunakan nama glamour contohnya I AM SUPERMAN,.......Aku yang telah printing banyak t shirt design 'I AM' ni pon xde baju ni...hehehe.....


>Mengapa mereka suka kan t shirt ini? Adakah mereka ini malas menjawab apabila ditanya "siapa nama awak?"...hehehe...ataupun mereka ingin orang semua tahu nama mereka.......Aku dapat tempahan printing t shirt I AM ni dah beratus2, dan masih menerima lagi tempahan.....Alhamdullilah itu namanya rezeki.....

>Sebenarnya design ni di ambil dari logo NIKON.........dan masih sekarang aku tak tahu siapa kah yang mula2 menggantikan NIKON tu dengan nama.......tgok bawah ni logonya.


> Selepas itu ada la orang yang tukar dan bikin printing atas t shirt.....Dan kemudian menjadi fenomena dikalangan remaja.....itu la orang cakap improvisasi itu penting, kalau tak banyak pon sikit.....Dalam priting t shirt ni kita kena cepat dan idea kena ada utk bersaing dengan yang lain.....Kalau x cepat kita akan ketinggalan....

>Sebagai seorang printing t shirt, aku kena melayan kehendak pelanggan....kadang2 nama yang mereka ingin printing di t shirt adalah sangat memecahkan urat ketawa dan perot.....hehehe....sampaikan aku x boleh tulis disini, takut takut mengaibkan dia.....

>tgok kat bawah. ini semua pelanggan yang sporting yang aku print pada hari belia 2014.































> Dan untuk pengetahuan semua tempahan t shirt ini masih dibuka......mari tempah dengan kami, mesti puashati.....tamat.


Thursday 18 September 2014

KEMBARA KINABALU

>As salam semua, aku ingin mengucapkan selamat mengharungi tahun baru 2014...Semoga semua azam anda dapat ditunaikan....ataupun nak melengkapkan azam azam tahun terdahulu yang tak kesampaiaan...tulisan kali ini aku nak ajak korang semua mengembara ke Borneo Kinabalu di Sabah.

>Trip kali ini saya pergi bersama keluarga sebelah orang rumah seramai 16 orang.....Kembara bermula pada 23/12/2013 - 27/12/2013 tahun lepas......Plan dah lama buat oleh orang rumah saya....Selalu bab planning jalan jalan ni aku serahkan kat orang rumah buat, sebab dia memang hebat bab jalan jalan cari makan ni....tu yang aku sayang tu...hehehe...

>Yang excited nak pergi dah tentulah wife dan anak anak aku yang nak naik 'pakal terbang'....hahaha....aku cakap kapal terbang, dia punya pelat 'pakal terbang'......"Ibu! Zahra nak naik pakal terbang!" dialog dia..... dah betulkan byk kali pon jawapannya masih sama.......

>Seperti biasa aku sebagai pencetak t-shirt mestilah nak ada t-shirt kembara.....tu yang jadi tu warna hijau melambangkan kehijauan gunung ganang dan tempat yg masih pure dengan oksigennya.....Pakai tulisan je ni.....



>Hari pertama sampai kami terus ke homestay area Kota Kinabalu dgn menggunakan Van nissan Urvan dan Avanza sewa....sampai pon dah lewat pagi sebab flight malam......Semua pon nampak kepenatan kitaorang pon nak merehatkan diri dan aku pon kaki badan pon sakit sakit kena gigit setan hahaha(gurau)....

>Keesokkan hari kitaorang punya aktiviti ialah ke Pulau Manukan menaiki bot laju.....Sabah ni banyak Pulau tapi kitaorg hanya pergi satu jer sebab target kita orang ialah Kundasang bah.....Sampai je jetty Pulau Manukan anak aku jerit "Ayah ikan!! nok (tengok) tu".....hehehe excited giler macam nak terjun je.....

>'Lepaking' dekat tepi pantai manukan ni ada satu perkara yang ajaib sebabnya ramai orang yang macam tak cukup kain utk menutup badan mereka.....belanja aurat mereka kepada semua, pemurah sungguh.....tak kira la warga asing atau warga malaysia...kalau aku niaga baju kat sini mungkin kurang laku berbanding bikini.....hahahaha....

>Nasib kami baik kerana selesai sahaja mandi manda di pantai ni, hujan turun renyai2.....trus berlari lari anak gajah mencari tempat berteduh......selesai mandi dan tukar baju trus naik boat meninggalkan pulau manukan ke kota kinabalu.....

>ok itu sahaja coretan kisah aku and family ke Sabah, saja nak cerita aku printing t shirt / baju.....itu jer motifnyer.....hehehe

>tamat


GEOMATIKA FUTSAL JERSY

>As salam buat semua.....apa kabar? project kali ni kami dpt buat jersy untuk team futsal geomatika Universiti di Petsling Jaya Selangor...Budak budak kalau main futsal mesti nak pakai jersy yang hebat dan menarik, bagi naik semangat sikit walaupon main x seberapa...hehe...boleh buat pasukan lawan gentar melihat kehebatan jersy pasukan kita....mulakan dgn perang psykologi...hehe

>pada mulanya design yang diberi ada beberapa jenis kat aku....mula-mula rasa tak yakin dgn hasilnya kerana printing logo siap designnya yang besar....tgok bawah ni design yang mula-mula diberi kpd aku....

>disebelah kiri ni design pertama yang nak di print atas baju...Logo dan tulisan Geomatika besar....yang susahnya nak dibuat ialah yang dot dot dot bawah logo tu.....kalau besar xpe ni kecik kecik.....problem mungkin akan timbul bila nak cabut vinyl / sticker tu nanti......sebelom bermasaalah aku mintak design garis lurus kat customer....x la kepala den pecah nanti...




> Nasib baik dia setuju menukar design....kalau tidak remeh dan jenuh la aku nak mengadap permasaalahan ini...(perghh ayat aku).....

>Setelah pelanggan setuju tukar design sedikit, tanpa lengah masa aku trus menjalankan kerja2 printing baju dia walaupun badan ada sengal2 ni...... Biasala aku x boleh layan sengal badan ni sanagat kalau tidak kerja jadi ke laut. Printing ni bukan kerja yang mudah ia memelukan konsentrasi dan daya fokus yang tinggi....cewahhhh...


> Lihat gambarajah tshirt diatas atau lebih dikenali dengan mocked up baju......pelanggan inginkan printing jersey futsal seperti ini....aku sebagai printer mesti menggunakan segala kepakaran dan pengetahuan bagi merealisasikan baju / tshirt / jersey pelanggan dalam keaadaan memuaskan.....

> Biar pelanggan puas hati dengan quality seni printing tshirt aku hasil pertapaan di gunung tengkorak.....perguruan dan pertapaan ilmu dari seorang guru printing baju / tshirt....hehehe.....

>  Setelah segala ilmu yang diturunkan telah di praktikkan dengan ikhlas hati, jersey / baju / tshirt pelanggan telah selamat di printing ke atas jersey..... Tgok gambar kat bawah..... jgn tenung lama2 plak gambar tu....hahaha



> Tadaaaaa!!!!! sebijik la aku buat....(ini ayat pelanggan tu tau)........dia berpuashati dgn hasilnya, printing baju / tshirt / baju.......Sehingga kini dia masih menghantar kat aku jika dia nak printing t shirt / baju / jersey....

>tamat.


>

Thursday 2 January 2014

JSD T-SHIRT

>As salam, kali ini saya nak ceritakan tentang kesilapan membuat t-shirt yang kadang kadang terjadi walaupon otai macmana sekalipon.....ini adalah pengalaman saya dalam pembikinan satu t-shirt yang ditempah oleh salah seorang pelanggan saya....kena ingat selalu belajar melalui kegagalan....cewahh...sebenarnya silap sebab vinyl sticker yg salah (ni ayat nak sedapkan hati) haha...

>Design t-shirt / baju yang ditempah tu bukan nya rumit sangat, hanya tulisan I love JSD je.....cuma yang merugikan ialah bila dah heat kan atas t-shirt tu yang bikin problem.....vinyl sticker terus melekat tak boleh nak cabut.....hahaha padan muka den....


> Gambar diatas ni diambil dalam computer jer.....macam ni la design yang pelanggan nak tu...simple dan mudah.....kerja pemotongan pon mudah.....tapi bila dah heat dia jadi mcm gambar bawah ni:..


> vinyl sticker jadi keras, bila nak cabut terus dia tak melekat atas t-shirt / baju......pening gak pikir apa yang salah......setelah hantuk kan kepala kat dinding terus aku dpt idea turunkan temperature machine jadi rendah......buat try and error dulu......alhamdullilah jadi gak akhirnya.....


>Mesti korang nak tahu kan JSD tu apa maknanya.....hahaha.....J = Jamu, S = Susuk, D = Dara.....yess pelanggan ni dia jual produk Jamu Susuk Dara area klang sini.....nasib baik aku tak salah tertulis Jamu Cucuk Dara....hahaha....nanti lain maksudnya.....mesti ramai lelaki yang beli kalau namanya JCD......

>Apa apa pon terima kasih kepada pelanggan saya kerana bersabar dengan saya.....nasib baik dia pueh hati dengan hasilnya....harap harap lepas ni dia tempah lagi dgn saya.....Kepada pembaca yang ada jual produk sendiri and nak print kat t-shirt email la cepat kat saya.....Ok last sekali saya nak tunjukkan logo JSD ni.....Tengok ni kat bawah....

TERBAIK TAGLINE DIA.HAHAHA



Wednesday 18 December 2013

COCONUT SHAKE T-SHIRT

>As salam kepada semua, nak dijadikan satu cerita baru-baru ni aku dapat satu projek buat t-shirt / baju untuk coconut shake.....dapat x banyak mana pun, cuma nak buat sample dulu untuk mereka.....aku projek sikit pun kebas jugak sebab dari sikit la jadi banyak...betul tak? aku nak kumpul customer dulu bagi diorang yakin kualiti percetakan aku...

>Dari sikit customer tu la akan jalan strategi pemasaran aku.....bagi kualiti bagus dan cepat seperti yang dikehendaki....bak kata orang tua tua "mulut tempayan boleh ditutup...mulut orang susah nak tutup".....so aku berharap customer ni x tutup mulut untuk bercerita dgn sesiapa tentang akunye cetakan....hehe...harap harap yang positif la.....marketing mulut ke mulut kan senang buat duit.....(korang jangan salah faham ayat mulut ke mulut tu pulak)...hehehe

>Customer nak buat 6 helai pakai heat press....selalunya kalau sedikit je order memang aku guna print heat press jer.....kalau terlalu banyak aku guna silk screenprinting.....mana tahan kalau nak buat banyak....mahu berpeluh aku kat dalam bilik operation tu....ye lah sebab machine mengeluarkan haba yang panas....mahunya keluar bilik hilang 50kg berat aku nanti....hahaha...

>Sebenarnya projek pun kawan atas kawan yang bagi.....itulah pemasaran mouth to mouth.....ala ala bantuan kecemasan kalau lemas....ye la mana tak nya kadang-kadang kita tak ada tempahan banyak, time ni la kita lemas memerlukan bantuan kecemasan....

>Nasib baik design diorang dah siap-siap bagi, save sikit masa dan kos mereka.....tak payah aku nak bersengkang mata dan mengetuk kepala kat dinding untuk mereka design. Sometimes aku x charge pun harga design kalau yang senang buat.....kira sedekah je la.....tapi kalau susah sangat aku kena charge la....ye la sebabnya siapa nak bayar duit klinik atas kecederaan aku menghantuk kepala tadi....hehehe

>Dan inilah hasilnya :


 > Tengok gambar ni adalah hasil potongan dari cameo ke atas pue warna kuning untuk menghasilkan tulisan.....ni baru 6 pieces je, yang jenuhnya ialah nak mengopek tulisan tu nanti......

 

 >Lihat gambar! aku buat print preview dulu sebelum heat atas baju....aku suka print atas sticker paper dulu sebelum buat yang betul-betul....senang buat pembetulan nanti.....

>Dah potong mengikut kemahuan aku menggunakan cameo barulah tampal kat baju...tengok hasilnya sama atau tidak dgn kehendak customer.....dah puas hati barulah print atas transfer paper dark based.....



> Setelah berhempas pulas ni lah hasilnya.......So sesiapa nak menempah t-shirt / baju untuk cetakan boleh la contact saya....jangan la malu dengan saya...hehehe...saya ambik tempahan walaupon sehelai....tentang caj kita boleh bincang.....sekian laporan saya...wasalam.

Tuesday 17 December 2013

T-SHIRT DI PASARAN

>As salam...dah lama jugak saya x update blog ini....mungkin disebabkan kesibukan melayan pelanggan untuk t-shirt offline, yang terlalu banyak tempahan....nak update je selalu tak sempat...hahaha....ayat macam bagus je....hari ni ada masa terluang sikit boleh la nak update sekejap...

>Semalam aku pegi jalan jalan dgn org umah tercinta den ke pasaraya Setia City Mall.....sahaja je dating berdua mencuci mata....membeli belah tingkap orang kata....nak survey harga beg dengan baju sejuk untuk planning bulan dua nanti.....

>Seperti biasa bila dah masuk ke butik butik baju ni, memang hobi aku tengok t-shirt yang cantik designnye....bukan nak mencuri cuma nak mendapat ilham jer....design t-shirt diorang pamerkan tu simple je tapi menarik perhatian beb....kebanyakan material datang dari bangladesh....kain lembut dan sejuk, cuma harga je panaskan hati....hahaha...

>kat sini aku ada amik gambar beberapa helai t-shirt tu, ambil gambar pun curi curi.....printing mcm ni memang aku boleh buat punya...cuma material baju dari bangladesh tu yang susah nak cari.....kalau ada yang berminat boleh lah beritau kami....

mickey mouse t-shirt

bard simpson t-shirt

skull t shirt

NYC t-shirt

here and now t-shirt

tape t shirt
>Nampak senang je sebenarnya nak buat duit kan.....pakai design cartoon dan perkataan je boleh nampak menarik kalau printing atas baju......macam aku ni nak design masih lagi di tahap satu.....belum tahap gaban lagi.....tu la sebabnya kalau ada pelanggan nak buat tempahan tapi tak ada design aku bagi kat designer aku buat.....senang buat duit.....hehehe